Monday 2 April 2012

Syurga Pasti Menarik


Cerita Syurga pasti menarik :)

Assalamu’alaikum warahmatullah 

Sebelum ini pernah tulis perihal neraka di sini :) Berdasarkan petikan Hadis Qudsi, Kitab Imam al-Ghazali : al-Mawa’iz Fil Ahadis al-Qudsiah.

Berfirman Allah S.W.T yg bermaksud:
“Wahai manusia, kenapa kamu gemar terhadap dunia yg fana yg akan hilang serta kehidupan yg sementara. Sesungguhnya orang yg taat itu akan memasuki syurga melalui lapan buah pintu.

Di dalam setiap syurga itu terdapat 70 ribu buah taman. Pada setiap taman terdapat 70 ribu buah istana daripada permata dan 70 ribu buah mahligai yg dibuat daripada zamrud. Pada setiap mahligai itu ada 70 ribu buah rumah yg dibuat daripada emas yg berwarna merah. Pada setiap buah rumah ada 70 ribu buah bilik daripada perak berwarna putih dan pada setiap bilik ada 70 ribu hidangan yg dihidangkan dengan pinggan daripada permata yg disertai dengan 70 ribu jenis makanan.

Di sekitar bilik itu ada 70 ribu buah katil yg dibuat daripada emas dan di atasnya ada hamparan daripada sutera. Di sekitar setiap katil itu ada 70 ribu batang sungai daripada air sejuk, susu, madu dan khamar.

Di tengah-tengah sungai itu ada 70 ribu jenis buah-buahan. Di dalam setiap istana itu ada 70 ribu buah khemah daripada urjuwan dan di atas setiap buah istana itu juga terdapat 70 buah kubah-kubah yg mana disediakan 70 ribu hadiah daripada Allah yg tidak dapat dilihat oleh mata, tidak didengar  oleh telinga dan tidak terlintas di dalam hati, buah-buahan, daging-daging burung dan apa yg mereka pilih dan inginkan.

Para pelayan dan bidadari yg cantik seperti permata yg putih melepak bermata jeli laksana permata yg tersimpan. Demikianlah ganjaran terhadap apa yg mereka kerjakan di dunia, mereka tidak akan mati, tidak merasai kesusahan, tidak berdukacita, tidak berpuasa, tidak sembahyang, tidak sakit, tidak buang air besar dan kecil di dalamnya. Mereka juga tidak akan keluar daripadanya selama-lamanya.

Maka barangsiapa yg menuntutnya dan yg mengingati kemuliaan, kemurahan dan nikmat-Ku, hendaklah dia menghampiri-Ku dengan bersedekah, memandang rendah dunia 
dan merasai cukup dengan benda-benda yg sedikit.” 


BY : NUR HAZIFAH 

No comments:

Post a Comment