Wednesday 28 March 2012

Pantun Kisah Persahabatan Palsu


Assalamualaikum duhai semua sahabat fbku,
Apa kabarmu di sana;
Moga bahagia selalu,
Salam kasih salam sayang untuk semua.

Di sini aku mula nak bercerita,
Bukan nak mengumpat bukan nak mengata;
Tentang sebuah kisah untuk dikongsi bersama,
Kalau ada pandangan aku ingin mendengarnya.

Bermula dengan seorang jiranku satu ketika dulu,
Namanya Siti Rohani kawan baikku;
Sikapnya buatkan aku bercelaru,
Bermuka manis di belakang mengumpat mengejiku.

Kami selalu bergelak ketawa bersama,
Hingga dikenali sebagai kawan hati sejiwa;
Tapi rupanya sekadar topeng belaka,
Tak sangkaku kenapa sampai hatinya.

Memang sifatku bertegur sapa dengan jiran di sekelililngku,
Bila bertemu bersalaman bertanya kabar;
Bercerita tentang ceramah di surau,
Bila cerita gembiranya hati tidak dapat digambar.

Kak Leha jiran yang sama ke surau,
Minta aku ajarkan mengaji untuknya;
Tanpa berfikir aku setuju kerana itu minatku,
Belajar bersungguh bersemangatnya Kak Leha.

Tepat masanya ku nantikan Kak Leha,
Kak Leha tak juga kunjung tiba;
Hatiku bimbang dengan tiba-tiba,
Mungkin Kak Leha sakit agaknya.

Tiba-tiba hatiku terasa pilu,
Kawan baik jiranku semuanya menjauhkan diri;
Tertanya-tanya aku kenapa mereka begitu,
Apa salahku kenapa aku dihukum begini.

Aku mengadu kepada Siti Rohani,
Siti Rohani memujukku agar bertabah hati;
Pujukan Rohani esakkanku terhenti,
Syukurku punyai kawan sebaik Siti Rohani.

Kemesraanku dengan jiran-jiranku tidak seperti dulu,
Mereka telah menjauhkan diri dariku;
Mujurlah ada Siti Rohani yang sudi berkawanku,
Selalu memujukku dan menasihatikan aku.

Kutanya Siti Rohani kenapa mereka begitu,
Jahat sangatkah aku hingga mereka menjauhkan diri;
Yang peliknya Kak Leha pun begitu,
Rohani katakan adatlah manusia begini.

Setiap hari aku tertanya-tanya,
Kenapa semua jiranku terus menyepi;
Kepada Tuhan aku berdoa,
Supaya diberi kesabaran ujian yang kuhadapi.

Lama-lama aku sudah menjadi lali,
Tidak mempunyai ramai kawan seperti dulu;
Cuma ada kawan baikku Siti Rohani,
Namun kurindukan semua kemesraan seperti dulu.

Suatu hari aku berkenalan dengan jiran baru,
Dia buta punyai anak dua;
Berkawan dengannya sukanya hatiku,
Lauk-pauk yang kumasak kuberikan padanya.

Biarpun Ros buta aku suka berkawan dengannya,
Anak-anaknya selalu kubelikan coklat;
Berkawan dengan Ros hari-hari berbunga-bunga cinta,
Kuberdoa supaya hubungan persahabatan tidak menjadi kelat.

Tengah hari itu aku pergi ke rumah Ros,
Pergi bersama dengan Siti Rohani;
Menghantar lauk kegemaran Ros,
Ros menyambutku dengan suka hati.

Terperanjatku apabila Ros beritahuku,
Supaya jangan berkawan dengan Siti Rohani;
Kutanya Ros kenapa dia kata begitu,
Katanya Siti Rohani tidak ikhlas hati.

Aku tergelak-gelak untuk menahan sabar,
Kerana Siti Rohani ada di sebelahku;
Ros bercerita tidak sabar-sabar,
Siti Rohani mengatakan padanya keburukanku.

Kata Rohani padanya... jangan makan makanan yang kuberi,
Kerana makanan yang kuberi makanan yang sudah basi;
Elok terus dibuangkan saja jangan disimpan lagi,
Kusenyum dalam duka melihat Siti Rohani.

Siti Rohani tidak terkata apa,
Membisu dia seribu bahasa;
Kupujuk hati supaya tidak mengapa,
Setidaknya ku tahu Siti Rohani itu siapa.

Barulah ku tahu siapkah yang empunya angkara,
Hinggakan kawan-kawanku menjauhkan diri;
Rupanya kawan baikku sendiri empunya angkara,
Aku tak tahu kenapa busuknya hati Siti Rohani.

Syukurku kepada Tuhan Yang Maha Tahu,
Menunjukku siapakah Siti Rohani sebenarnya;
Di depan manis di belakang menikamku,
Tidak sangkaku kenapa sampai hatinya.

Selama ini aku amat menghargai persahabatan dengannya,
Kenapa dia setega itu denganku;
Kujalinkan persahabatan seikhlas hati dengannya,
Tapi apakah ini balasannya keikhlasan persahabatanku.

Aku terlalu kecewa dengan sikap Siti Rohani,
Menangisku pabila kenangkannya;
Moga aku tidak diketemukan kawan seperti Siti Rohani,
Mulut manis tapi amat busuk hatinya.

Moga Allah jauhkan aku dari persahabatan yang palsu,
Kata-kata manis tapi hati penuh beracun;
Persahabatan palsu buat hatiku pilu,
Moga persahabatan palsu ku ini menjadi pengajaran.

Kepada semua teman FB yang dihormati,
Terima kasih atas segala sapaanku;
Sampai sini pena terhenti,
Salam ceria dariku untuk semua teman fbku.

Karya Rha NS
by:Tengku Ariza Ezzati

No comments:

Post a Comment