Tuesday 24 April 2012

Pengalaman semasa cuti sekolah

Pada cuti sekolah yang lalu,kami sekeluarga menziarahi datuk dan nenek yang berada di Kuantan.Kami pergi ke rumah mereka dengan menaiki van.Perjalanan kami mengambil masa lebih kurang 3 jam dari Kuala lumpur.
Datuk dan nenek menunggu kedatangan kami di halaman rumah.Mereka sangat gembira apabila melihat kami sekeluarga
sampai.Kami terus pergi bersalaman dengan mereka.
Pada hari itu , kami tidak ke mana-mana.Kami menluangkan masa dengan berbual-bual dengan datuk dan nenek.Nenek menyediakan pelbagai juadah seperti ketupat,rendang ayam,kuih-muih dan sebagainya untuk kami.
Pada keesokkan hari, datuk membawa saya pergi ke kebun rambutannya.Saya menolong datuk memetik rambutan-rambutan yang lebat berbuah di kebunnya.Saya berasa sungguh seronok kerana dapat memanjat pokok.
Selepas satu minggu bercuti di rumah datuk, kami pun pulang ke rumah.Saya berasa sungguh gembira dengan percutian ini kerana saya dapat merasai cara kehidupan kampung yang saya tidak akan dapat di bandar di mana kami tinggal.


pengarang:Dyana
by:Fatin Shahira 

No comments:

Post a Comment