Tuesday 1 May 2012

Sinopsis Budi Seorang Bapa Angkat

Cerita mengisahkan kematian  Tuanku Sri Helang Laut dan permaisurinya yang tinggal di bandar Mangkalih.Oleh itu,Datuk Batin alam dan isterinya yang bernama Uli Emak Si Anjing telah mengambil anak saudara mereka yang bernama Awang Sulung sebagai anak angkatnya.
    Datuk Batin Alam menyerahkan Awang Sulung berguru dengan dua orang yang alim untuk diberi ilmu al-Quran.Awang Sulung seolah-olah tidak menunjukkan minat untuk belajar.Setelah hari yang ke tujuh,barulah Awang Sulung menunjukkan kepintarannya,iaitu mengaji hingga khatam.Tun Malin Kecil pula, mengajarkan ilmu mantik dan nahu kepada Awang Sulung.kehebatan Awang Sulung sebagai anak rajayang gagah terpancar apabila baginda berjaya menguasai ilmu persilatan.
  Usaha telah dilakukan untuk menjadikan Awang Sulung seorang pemuda bangsawan yang sempurna.Awang Sulung telah dikhatankan oleh Datuk Mdim Raja.Datuk Batin Alam telah mengarahkan Bujang Selamat mencari orang yang pandai mengasah gigi.Seorang tukang asah gigi yang bernama Cuti ditugaskan untuk mengasah gigi Awang Sulung.Cuti telah dibunuh bagi mengelakkan dia daripada mengasah gigi orang lain.Keluarga Cti sedih walaupun telah diberi ganti rugi yang banyak akibat daripada kematian itu.

By Anissa Syafiqa

No comments:

Post a Comment