Tuesday 1 May 2012

Sinopsis Tukang Lama

Kehadiran seorang tukang baru yang bernama Manas banyak mengubah kehidupan keluarga Pak Talib.pak Talib seorang tukang rumah.Manas,seorang pemuda lulusan dari sekolah Seni Bangunan.Pak Talib masih ,enggunakan cara lama untuk membuat binaan.Berbanding dengan Manas tukang baru yang lebih kreatif,kerjayanya lebih cepat,mnjimatkan masa,dan peralatannya lebih moden kerana menggunakan kaedah terkini.
   Pak Talib hanya mendapat kerja yang kecil seperti tempahan membuat reban ayam,tempat mandi dan membuat pintu pagar sahaja.sedangkan tukang muda,Manas mandapat tempahan yang lebih besar.Hal ini menimbulkan rasa kurang senang isteri Pak Talib,iaitu Mak Lamah.Mak Lamah sering meleteri Pak Talib kerana kesempitan hidup mereka sekeluarga.Namun Pak Talib,tetap bersabar dan tidak pernah memusuhi Manas.
    Pak Talib diminta membetulkan reban ayam Encik Mamat.Dia hanya diberi upah sebanyak RM.10.00untuk empat hari bekerja.Pak Talib  sedar bahawa dengan upah sebanyak itu, dia tidak akan mampu mambeli barangankeperluan rumahnya.hal ini pastinya akan menambahkan leteran isterinya.
     Pada suatu malm,Pak Talib berasa hairan kerana isterinya tidak meleterinya lagisebaliknya bersuara lembut terhadapnya.Akhirnya Mak Lamah memberitahu Pak Talib bahawa tukang muda itu telah nerisik anak perempuannya,iaitu Timah.Pak Talib berasa tenteram bukan bukan kerana anak gadisnya dipinang orang,tetapi melihat wajah isterinya yang manis.

By Anissa Syafiqa

No comments:

Post a Comment