Tuesday 3 April 2012

Pantun Enam Kerat


Kepada ibu bapa hendaklah patuh,
Janganlah kita cuba menderhaka,
Kelak hidup tak akan sempurna,
Belajar biarlah bersungguh-sungguh,
Agar menjadi manusia berguna,
Supaya dapat memimpin dunia.

Indah sungguh negara Malaysia,
Menjadi sebutan merata-rata,
Hingga ke semua pelusuk negara,
Buatlah baik sesama manusia,
Semoga menjadi amalan kita,
Agar menjadi insan berguna.

Malaysia makmur dan Aman,
Menarik sekali tiada bandingan,
Dari utara hingga selatan,
Jagalah solat jagalah iman,
Jagalah aurat jagalah amalan,
Semoga hidup mendapat keberkatan.

Negara Malaysia berbilang bangsa,
Negara harmoni makmur dan aman,
Terkenal hingga serata dunia,
Indah perkataan kerana bahasa,
Indah lukisan kerana pemandangan,
Indah budaya kerana bangsa,

sumber:http://selokamelayu.blogspot.com/search/label/Pantun%206%20Kerat
by:Nur Amirah 

No comments:

Post a Comment