Pulangnya lewat di hujung
petang,
Jikalau sentiasa berjimat
cermat,
Rezeki secupak terasa
segantang.
Indah nian pemandangan
dunia,
Dari timur hingga ke
selatan,
Sikap berjimat amalan
mulia,
Orang boros sahabat
syaitan.
Sikap berjimat tergolong dalam amalan mulia, sedangkan sikap boros ialah pekerjaan syaitan.
Masak meranum buah ara,
Jatuh sebiji di atas
papan,
Jika berjimat setiap
perkara,
Pasti terjamin masa
hadapan.
Amalan berjimat menjamin masa hadapan jika dilaksanakan secara menyeluruh.
Sungguh pahit buah peria,
Dimakan juga dibuat
sayuran,
Membesar belanja sikap
sesia,
Hanya menambah beban
kewangan.
Sikap boros dalam berbelanja akan hanya
menambah beban kewangan seseorang.
Singgah berehat di kota
lama,
Kuih dijamah air
dihirup,
Berjimat cermat suruhan
agama,
Jika diamal sejahteralah
hidup.
Inderagiri pasirnya
umat,
Tempat berkelah putera
raja,
Baik sedikit tetapi
berjimat,
Daripada banyak membazir
sahaja.
Turun ke ladang memettik
kacang,
Hendak dibuat masak
lemak,
Segala urusan jika
terancang,
Sikap membazir pasti
terelak.
No comments:
Post a Comment