Cikgu
Harun menerima sebuah bungkusan lagi ketika balik dari surau pada malam
itu. Hadiah seperti itu sering diterimanya setiap kali menjelang 16
Mei. Hadiah itu telah membuatkan Cikgu Harun mengimbas kembali kenangan
silamnya sebagai pendidik di kawasan pedalaman tiga dekad yang lalu.
Ketika Cikgu Harun di dalam kelas darjah tiga, beliau pernah menanyakan
Ahmad, mantan muridnya sama ada beliau sudah membeli kasut atau belum.
Pertanyaan yang sama juga diulangi saban minggu kerana Ahmad tidak mampu
untuk membeli sepasang kasut. Cikgu Harun terus mendesak Ahmad sehingga
menimbulkan kemarahan kepada Cikgu Harun. Pada suatu hari, ketika
aktiviti senaman dijalankan Ahmad didenda memakai kasut yang diperbuat
daripada kelopak jantung pisang kerana Ahmad tidak berpakaian lengkap
seperti murid-murid lain. Peristiwa itu telah menyebabkan Ahmad berasa
malu dan terus ponteng sekolah hampir seminggu lamanya.
Cikgu
Harun terpaksa ke rumah Ahmad untuk mengetahui sebab Ahmad tidak datang
ke sekolah. Setelah menunggu beberapa ketika Ahmad pulang dari kebun
dan masih memakai kasut kelopak jantung yang diberikan oleh Cikgu Harun.
Kepatuhan muridnya ini dan ketidakmampuannya untuk membeli sepasang
kasut menyebabkan Cikgu Harun tidak dapat menahan kesedihannya. Lantas,
beliau terus ke pekan untuk membelikan pakaian sekolah dan kasut untuk
Ahmad. Sebenarnya, segala memori indah yang dipaparkan antara Cikgu
Harun dan Ahmad sudah pun berlalu tiga dekad lamanya. Kini, Cikgu Harun
sudah pun bersara dan setiap tahun sempena Hari Guru, beliau akan
dihadiahi Ahmad dengan sepasang kasut baharu dan berjenama. Hal ini
demikian sebagai mengenang jasa Cikgu Harun kerana Ahmad kini sudah
berjawatan pengurus besar di sebuah syarikat pengeluar kasut terkemuka
di bandar. Peristiwa memakai kasut kelopak jantung telah menyedarkan
Ahmad betapa pentingnya kasut kepada manusia.
No comments:
Post a Comment