Kotanya kukuh berpagar
batu,
Rasarnya ramai bukan
suatu,Tiada berbanding di zaman itu.
Baginda berputera tiga orang
jua,
Laki-laki konon putera yang
tua,Puteri cantik putera kedua,
Parasnya elok jarang
tersua.
Putera yang bongsu laki-laki
jua,
Parasnya elok tiadalah
dua,Menarik hati orang semua,
Dikasihi rakyat muda dan tua.
Adapun akan dulu baginda,
Isterinya lama sudah tiada,
Banyak dicari gadis dan janda,
Hati baginda penuju tiada.
Beberapa lama demikian
itu,
Di atas takhta konon sang
ratu,Dengan kehendak Tuhan yang satu,
Baginda pun gering suatu waktu.
Baginda nan gering bukan kepalang,
Tabib pun selalu datang berulang,
Mengubati baginda raja terbilang.
Tabib berusaha bersungguh
hati,
Menolong baginda raja
berbakti,Sudahlah takdir Rabbulizzati,
Penyakit tak dapat lagi diubati.
Pertolongan tabib tiada
berfaedah,
Semakin payah sultan yang
syahdah,Ajal baginda hampirlah sudah,
Ke negeri yang baqa akan berpindah.
Dengan hal yang demikian itu,
Penyakit menggoda setiap waktu,
Ubat pun tiada dapat membantu,
Baginda pun mangkat ketika
itu.
Baginda berpulang ke rahmatullah,
Takhta kebesaran semua tinggallah,
Harta dunia sudah terjumlah,
Kepada yang lain diberikan Allah.
Sumber: Anwar Ridhwan dan Rahman Shaari
By: Nur Amirah
No comments:
Post a Comment