Sakit saudagar laki isteri,
Adalah kiranya tujuh hari,Tidak bergerak kanan dan kiri.
Saudagar tahu akan dirinya,
Hampirlah mati kepada
rasanya,
Lalulah memanggil akan
anaknya,
Dicium kepala dengan
tangisnya.
Katanya wahai cahaya mataku,
Tinggallah tuan buah hatiku,
Hampirlah mati gerangan aku,
Baiklah tuan tingkah dan laku.
Serta harta aku tinggalkan,
Tuan seorang yang menyukakan,
Sampai habis semua diterimakan,
Faedahnya akan diberikan.
Jikalau tidak anakku berakal,
Harta pusaka di manakan
kekal,
Habis harta badan tinggal,
Laksana perahu bersauh tunggal.
Kerana harta tiada berguna,
Budi dan bahasa janganlah lupa,
Kerana adat orang berbeza,
Jikalau tidak akan sempurna,
Sekalian itu habislah fana,
Hanyalah tinggal badan
merana.
Budi dan bahasa janganlah lupa,
Muliakan olehmu ibu dan bapa,
Mana yang datang padamu
berjumpa,
Janganlah lambat tuan menyapa.
Kerana adat orang berbeza,
Tiada memandang harta dan
benda,
Tegur dan sapa itu yang ada,
Itulah penambah di dalamnya dada.
Sumber: Anwar Ridhwan dan Rahman Shaari
By:Nur Amirah
No comments:
Post a Comment